Anda perlukan khidmat mempromosikan bisnes Homestay anda?

Adakah anda merupakan seorang pengusaha bisnes jenis homestay? Atau adakah anda memiliki resort ataupun tempat penginapan?

 

Bagaimana dengan perniagaan anda baru-baru ini? Adakah perniagaan anda berjaya menarik ramai pengunjung dan tetamu yang baru? Atau adakah anda merasakan yang anda masih lagi perlukan lebih ramai pelanggan untuk memeriahkan lagi perniagaan anda tu.

 

Bisnes jenis tempat penginapan ni memang banyak betul persaingan. Lagi-lagi kalau lokasi tersebut memang terletak dekat dengan kawasan tumpuan pelancongan.

 

Sebagai contoh, salah satu tempat yang memang kerap saya lawati ialah Langkawi. Kalau kita drive sekitar pulau Langkawi, memang nampak jelas kat situ banyak betul pilihan homestay, hotel, resort, motel dan sebagainya.

 

Begitu juga apabila saya drive sekitar Kundasang. Kat situ pun ada banyak betul pilihan untuk menginap di homestay, resort hotel dan sebagainya.

 

Bagaimana untuk memastikan perniagaan yang anda jalankan tu dapat lebih menyerlah dan lebih diyakini berbanding lain-lain perniagaan yang sama yang ada disekitarnya?

 

Saya tak nak buang masa anda.

 

Saya nak terus ceritakan tentang apa yang saya boleh bantu untuk anda. Untuk makluman anda, saya juga adalah seorang freelancer yang melakukan kerja-kerja menulis review untuk pusat peranginan, resort, dan juga homestay.

 

Pada asalnya, saya lakukan ini sekadar untuk suka-suka. Saya nak berkongsi pengalaman saya menginap disesebuah tempat penginapan dengan pembaca blog saya dan juga mereka yang kenal saya.

 

Namun tak berapa lama selepas itu, saya mula dapat tawaran untuk menulis review berbayar.

homestay-bukit-katil-melaka

(1) Homestay Melaka CASA INDAH – Pengalaman bercuti bersama keluarga

(2) Homestay di Langkawi Padang Matsirat – Homestay PILIHAN apabila bercuti di Langkawi

(3) Homestay Langkawi berdekatan dengan Airport Langkawi yang SELESA dan JIMAT

 

Semua diatas ini adalah artikel review yang saya hasilkan untuk pemilik bisnes jenis homestay.

 

Untuk homestay di Melaka, saya menginap disitu. Dari pengalaman saya menginap tu, maka saya kongsikan dalam blog saya. Biasanya jika saya boleh menginap disitu, saya akan lebih mudah untuk hasilkan artikel review yang lebih baik.

 

Homestay di Langkawi pula, saya tidak menginap disitu. Kerana pada waktu tu, saya memang dah cek in di tempat lain.

 

Jadi, saya hanya datang ke situ, pusing-pusing dan ambil gambar. Kalau pengalaman menginap tu memang tak ada. Tapi saya dah lihat sekeliling homestay dan saya juga dah ambik gambar mana-mana yang patut.

 

Adakah anda minat nak dapatkan servis review homestay dari saya?

 

(1) Saya akan tulis review tentang homestay anda dan seterusnya review tersebut saya akan siarkan di laman blog utama saya, iaitu sabreehussin.com

(2) Bayaran untuk review adalah sebanyak RM100 sahaja. (saya mungkin akan naikkan caj ini)

(3) Jika lokasi homestay anda jauh, saya akan kenakan caj tambahan untuk tol dan petrol. Jika kebetulan pada hari yang sama saya memang akan ke tempat tersebut atas urusan tertentu, maka caj yang saya akan kenakan mungkin lebih rendah.

(4) Jika ianya homestay, mohon sediakan homestay tersebut untuk saya menginap bersama keluarga. Kalau homestay tu ada 3 bilik, harap dapat pastikan ketiga-tiga bilik boleh digunakan kerana saya akan bawa lebih ramai kawan untuk stay bersama.

Rasionalnya ialah, bila saya ajak lebih ramai untuk ikut sama-sama menginap, saya boleh dapatkan pandangan orang lain sama.

homestay-melaka-casa-indah

Semasa saya menginap di Homestay Melaka di Bukit Katil, saya bawa bersama keluarga saya. Sambil bincang-bincang nak pergi ke mana, kami bincang-bincang juga tentang homestay tersebut.

(5) Harap dapat pastikan keadaan sekitar tu menarik, sebabnya saya nak ambik gambar. Jika tak berapa menarik, mungkin saya terpaksa kemas-kemas sedikit, tapi benda ni akan melambatkan kerja la. Jadi lebih baik anda pastikan keadaan homestay anda tu ready untuk diambil gambarnya.

 

Kebiasaannya, dengan adanya review, orang lebih yakin nak buat tempahan. Kalau review tersebut adalah review yang positif, lagilah orang akan berebut-rebut untuk datang ke tempat anda.

 

Bandingkan dengan tempat yang tak ada review dan tak ada feedback positif, biasanya orang akan “gamble” untuk menginap ditempat tersebut.

 

Minat ke nak dapatkan servis ni dari saya? Boleh baca lebih lanjut di laman web saya, iaitu menerusi page Perkhidmatan Iklan ini.

 

Anda juga boleh hubungi saya menerusi laman web itu ya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s