Bekerja dari rumah dengan Lazada Malaysia sebagai seller

Saya mengikuti tulisan salah seorang kenalan blogger.

 

Salah satu projek yang beliau sedang giat jalankan adalah untuk buka seberapa banyak e-store bersama laman-laman web terkemuka, antaranya ebay, mudah.my, lazada, 11 street dan beberapa lagi.

 

Ada juga estore yang disasarkan tu memang saya kenal, sebagai contoh lazada Malaysia.

 

Yang lain-lain pun saya biasa dengar juga, cuma kalau nak bandingkan dengan Lazada, saya lebih familiar dengan Lazada.

beli-barang-diskaun-lazada

Sekarang ni pun, saya memang buat kerja untuk lazada.

Klik sini untuk ke laman web Lazada.

 

Kerja sebagai ejen promoter atau ejen affiliate yang mempromosikan produk yang dijual di laman web Lazada tu.

 

Bila saya tahu ada kenalan blogger yang sedang giat menjalankan projek untuk jadi seller di laman web lazada, tergerak juga hati nak ikut jejak langkah dia.

 

Mana lah tahu kan, dengan buat macam tu, boleh tambahkan lagi sumber pendapatan.

 

Lagipun sekarang ni saya perhatikan, team Lazada tu sendiri memang cukup giat membuat promosi laman web mereka dan setiap bulan pasti ada-ada sahaja promosi terkini dijalankan.

 

Ini membuatkan saya terfikir, kalau kita boleh tumpang platform lazada untuk dapatkan jualan, prosesnya tu nanti adalah semudah buat listing sahaja.

 

Dari segi promosi, lazada akan buatkan. Malahan, jika produk kita memang bagus, pasti akan ada affiliate Lazada yang akan bantu promosikan produk kita.

Baca juga: Program affiliate Lazada.

 

Peranan kita sebagai seller (dari apa yang saya lihat) adalah memastikan stok produk kita sentiasa ada dan jumlah yang tepat, dan seterusnya memastikan kualiti produk kita berada di tahap yang paling baik.

 

Apabila ada tempahan, seller kenalah hantar produk tersebut kepada pembeli. Itu sahaja.

 

Kalau nak jadi seller di laman web Lazada, nampaknya memang akan ada bebanan kerja tambahan.

 

Bersedia ke nak lakukan perubahan demi menjana pendapatan tambahan?

Perubahan tu bukan sesuatu yang mudah.

 

Kita dah biasa buat kerja-kerja yang memang dah jadi rutin harian, tiba-tiba kita nak lakukan sesuatu yang berbeza pulak.

 

Tentangan tu pasti akan ada.

 

Biasanya ia akan lahir dari dalam diri kita sendiri. Kita sendiri yang akan menentang idea baik tu sebabnya kita lebih selesa dengan apa yang kita biasa lakukan.

 

Hmm… sekarang ni, saya masih lagi dalam peringkat nak kenal pasti, apa agaknya jenis produk yang sesuai untuk diniagakan.

 

Mudah-mudahan apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar.

 

Ps: Sebenarnya saya ni bukannya minat sangat nak buat kerja-kerja yang leceh ni. Sebab tu saya lebih gemar buat affiliate marketing.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s