Masalah dan cabaran yang hanya dilalui oleh orang yang bekerja dari rumah!

Bekerja dari rumah sebagai seorang freelance ni memang banyak cabaran dan masalahnya.

 

Bagi yang tak tau cara kerja, atau yang masih tak ada pengalaman kerja sendiri dari rumah, pasti tak akan nampak benda ni. Bagi dia, semua ni nampak mudah belaka.

 

Untung bagi pelajar universiti. Ada masanya mereka akan dapat cuti semester yang agak panjang.

 

Pada waktu ni, ada sebahagian dari kalangan mereka yang akan ambik inisiatif untuk cari duit poket dengan melakukan kerja secara part time.

 

Bagi yang bekerja dengan majikan, sama ada secara part time ataupun fulltime, dengan mencari kerja menerusi laman web maukerja.my atau kerja di outlet fast food mahupun kedai baju, kebiasaannya pendapatan mereka lebih terjamin.

cabaran-kerja-dari-rumah

Tetapi bagi mereka yang memilih untuk bekerja sendiri sebagai seorang freelance, maka pada waktu ni, mereka akan dapat rasai sendiri, introduction ataupun pengenalan kehidupan dan cara kerja sebagai seorang freelance.

Continue reading

Laman web kerja sambilan dari rumah di lancarkan!

Malam tadi, tengah sibuk mengemaskini laman-laman web yang saya miliki, tiba-tiba datang pula idea untuk buat website yang baru.

 

Sebenarnya kalau diikutkan, saya tak perlu nak buat website yang baru tu pun tak ada masalah.

 

Lagipun, dari segi konsep, ia sebenarnya tak banyak beza dengan laman web yang anda sedang baca sekarang ni.

 

Tapi setelah mempertimbangkan beberapa perkara, maka saya buat keputusan untuk buat aje la website tu.

 

Lagipun, bukannya kena bayar apa-apa pun.

kerja-sambilan-dirumah

Laman web ini saya namakan dengan nama Kerja sambilan dari rumah. Menerusi laman web tu nanti, In Shaa Allah saya akan kongsikan pelbagai jenis dan peluang kerja yang anda boleh lakukan hanya dari keselesaan rumah anda.

 

Oh! Itupun kalau anda tinggal di rumah yang selesa.

Continue reading

Pengalaman melihat cara kerja kerani data entry

Saya tak ada pengalaman kerja dalam bidang data entry. Walaupun saya dah banyak kali apply kerja data entry online, namun kerap kali permohonan saya tu kena reject.

 

Sampai satu tahap tu, saya jadi fed up nak apply kerja data entry secara online. Kerja data entry ni sebenarnya tidaklah begitu susah.

 

Cuma mungkin sebab saingan antara freelance yang agak tinggi, membuatkan majikan mempunyai pilihan untuk memilih hanya mereka yang betul-betul ada pengalaman yang luas dan yang terbaik sahaja untuk mendapatkan kerja tersebut.

 

Sama lah macam kerja-kerja lain yang ada kat luar sana tu. Kekosongan cuma ada satu tempat sahaja. Tetapi yang mohon kerja tersebut sampai 100 orang. Dalam situasi ni, dah tentu majikan akan pilih hanya yang terbaik sahaja.

 

Saya masih ingat lagi masa saya bekerja dulu, saya pernah duduk bersebelahan dengan kerani data entry. Sempat la juga tanya itu ini dan lihat sendiri cara mereka ni bekerja.

kerja-sebagai-blogger-dari-rumah

Dari situ, saya dapat tahu, rupanya kerja data entry ni ada macam-macam jenis. Setiap tugasan adalah berbeza antara satu sama lain. Ia bergantung kepada keperluan tugasan tersebut.

 

Kerja data entry bukan sekadar masukkan data semata-mata.

Continue reading