Jimatkan kos pemasaran di laman carian google dengan mengadakan Kontes SEO

“Macam mana dengan kontes SEO Rose Face Serum yang abang join tu? Ada peningkatan positif ke?”

 

Semasa saya sedang drive, tiba-tiba isteri saya tanya soalan ni. Saya tak boleh nak berikan jawapan yang konkrit. Apa yang saya boleh katakan pada dia, “Anything can happen dalam kontes SEO macam ni…”

 

Benda ni pernah jadi, dan saya sendiri pernah tengok. At the very last moment, tiba-tiba ada peserta yang tak dikenali, submit artikel dan tiba-tiba artikel dia sangatlah power dan akhirnya mengungguli muka surat pertama dan terus duduk lekat kat situ.

 

Tau-tau… dia menang. Orang lain yang selama ni duk berhempas pulas, terpaksa akur dengan keputusan juri.

 

Yang menang itu jelas, yang kalah itu jelas. Cuma yang samar-samar tu, adalah strategi yang digunakan oleh setiap contestant.

 

Setiap pemain SEO, pasti ada strategi masing-masing, dan ada la formula SEO dia sendiri. Kadang-kadang kalau kita tanya apa formula untuk masuk ke page pertama google… silap haribulan, kita pun rasa benda tu macam tak begitu masuk akal.

 

Jadi, just to be clear, memang saya pun ada hantar entri penyertaan bagi kontes SEO Rose Face Serum Zeeta.

Rose-Face-Serum-ZEETA

Kemudian isteri saya sambung lagi…

“Untung la owner produk tu, tak perlu nak bayar mahal-mahal, ada ramai yang tolong promosikan produk dia.”

 

Yezzzza… Inilah yang saya nak ketengahkan dalam artikel ini. Poin dia ialah, dengan menganjurkan pertandingan SEO, seseorang pemilik perniagaan tu dapat jimat banyak duit, (mungkin hingga ribuan ringgit) berbanding mengupah konsultan SEO.

 

Berapa harga untuk dapatkan servis advertorial dari blogger?

 

Sebelum tu, ada beberapa perkara saya nak clarify. Just in case sekiranya topik berkaitan SEO ini agak baru kepada anda.

(1) SEO merujuk kepada istilah Search Engine Optimization.

 

(2) Ianya adalah teknik penulisan yang mengikuti peraturan tertentu, supaya artikel yang ditulis berjaya masuk ke halaman carian pertama bagi kata kunci yang disasarkan.

 

(3) Contohnya, jika anda ingin mensasarkan kata kunci “Homestay Melaka” sebab anda menjalankan perniagaan homestay di Melaka, dan anda mahu target pengguna internet yang mencari keyword tersebut di google supaya menjumpai laman web promosi anda. Maka disinilah peranan SEO.

 

(4) Teknik SEO adalah PERCUMA. Anda perlu ada blog dan juga perlu ada artikel. Seterusnya anda perlu ada ilmu. Blog ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Blog yang percuma merujuk kepada blog yang gunakan servis dari blogspot dan juga wordpress.com macam yang anda sedang baca sekarang ni.

Blog berbayar pula merujuk kepada sewa hosting dan domain.

Kemudian ilmu SEO ni boleh dapat secara percuma dengan pembacaan di google, ataupun boleh je beli ebook pasal SEO.

 

(5) Apabila artikel telah masuk ke page pertama Google, selalunya ia akan duduk di situ untuk satu tempoh yang cukup lama. Maknanya selagi artikel tu ada disitu, maka selagi itulah anda akan dapat prospek secara percuma.

 

(6) Untuk buat SEO, selalunya akan guna blog. FB Fanpage juga boleh digunakan, namun ia agak sukar untuk set artikel tertentu supaya mesra SEO.

====

Bila kita kata SEO, ia lebih sinonim dengan blogger atau penulis blog.

 

Berapa kadar upah untuk suruh blogger menulis pasal perniagaan pemilik perniagaan tu?

Satu perkara yang anda perlu tahu, kadar upah adalah berbeza-beza.

 

Saya pernah nampak ada yang offer servis advertorial dari serendah RM5 per artikel hinggalah ke RM300++ per artikel. Saya yakin, yang caj almost RM1k per artikel pun ada, especially those yang ada blog yang cukup power.

 

Betul ke ada blogger yang ofer RM5 per artikel advertorial? Ya, memang ada. At least saya pernah ofer dengan harga macam tu.

 

Pada peringkat permulaan saya memang ofer harga macam tu. Tujuannya bukan nak bunuh pasaran, sebaliknya atas tujuan memperkenalkan khidmat saya kepada bakal klien.

 

Kira macam sampling la tu.

 

Sudah tentu tawaran tersebut hanya untuk masa terhad sahaja. Saya langsung tak untung bila ofer harga macam tu, walaupun tempahan yang masuk banyak.

 

Perlu diingat, masa untuk saya tulis satu artikel bukannya sekejap, dan masa tu adalah emas.

 

Sekarang ni, saya akan caj RM100 untuk satu artikel dan paling rendah saya boleh tawarkan ialah RM70 untuk satu artikel.

 

Anda mungkin akan jumpa blogger yang bagi harga lagi murah. Cuma kalau blogger tu minta RM20 per artikel, jangan pula anda berharap dia akan bagi hasil kerja setara dengan blogger yang minta bayaran RM100.   

 

Ada pepatah orang putih, “If you pay for peanut, you will get monkey.”

 

Kalau nak murah, maka terimalah hasil kerja dengan kualiti yang setara anda bayar.

 

Ok, bagaimana dengan mengadakan kontes SEO pemilik perniagaan boleh jimat kos pemasaran?

Katakanlah, untuk dapatkan penulis artikel yang baik, anda kena bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk satu artikel.

 

Kalau nak 20 orang tulis artikel tentang bisnes anda, anda kena bayar

RM100 x 20 orang = RM2,000

 

Bagaimana kalau guna kaedah kontes SEO?

 

Dalam kaedah ini, anda hanya perlu nyatakan, apa kata kunci yang anda ingin sasarkan, dan seterusnya anda beritahu, berapa hadiah yang anda tawarkan. Biasanya kontes SEO, hadiah adalah wang tunai.

 

Kalau hadiah dalam bentuk barang, memang ada cuma ia sebagai hadiah sampingan. Hadiah utama adalah wang tunai.

 

Kalau penganjur tak sediakan hadiah wang tunai, saya pun tak hingin nak join mana-mana kontes SEO dan pulun bagi sampai dapat hadiah.

 

Contoh cadangan hadiah

1ST PRIZE: WANG TUNAI RM1000
2ND PRIZE: WANG TUNAI RM500
3RD PRIZE: WANG TUNAI RM300
4TH – 7TH PRIZE: WANG TUNAI RM50

TOTAL – RM2,000

 

Ini adalah hadiah yang ditawarkan untuk kontes SEO Rose Face Serum Zeeta.

 

Dengan hadiah seperti ini, tak mustahil kalau ia berjaya menarik penyertaan sehingga 20 – 100 orang blogger sekalipun.

 

Berapa bajet? Tetap RM2,000 walaupun ada 200 orang blogger yang ambil bahagian. Siapa yang tak bernasib baik tu, bolehlah cuba lagi di lain masa kan.

 

Apa yang pasti, penganjur akan dapat lebih banyak pendedahan, peserta yang berjaya dapat hadiah, dan seterusnya produk yang dijual akan terus viral dan kekal di muka surat pertama google walaupun tak ada bayar sebarang kos pengiklanan lagi.

 

Sebab tu la, siapa yang mampu dan guna cara ini, memang sangat untung! Jimat pun ya jugak.

 

Orang lain, kalau nak kekalkan iklan di muka surat pertama google, mungkin kena bayar untuk buat iklan Google Adwords, tetapi bila anda buat iklan guna teknik SEO, dah boleh ucapkan selamat jalan pada Adwords.

 

Bagaimana? Licik bukan cara ini. Bagi yang nak jimatkan kos pemasaran, memang patut la buat teknik macam ni.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s