Kerja sebagai blogger selain jadi freelancer sepenuh masa

Saya mula belajar menulis di blog semasa saya masih belajar di universiti. Pada waktu tu, saya dah mula sedar yang satu hari nanti, kita semua akan hadapi kesukaran untuk cari kerja yang sesuai dengan jurusan yang diambil.

 

Walaupun begitu, saya tidaklah merancang untuk jadi seorang blogger sepenuh masa. Kerana saya tahu, pendapatan yang bakal dihasilkan sebagai seorang penulis blog di Malaysia, mungkin tidak selumayan seperti yang boleh dihasilkan oleh penulis blog luar negara.

 

Mungkin apa yang boleh saya katakan, faktor yang menjadi kekangan adalah faktor penggunaan bahasa. Sebagai orang Melayu Malaysia, saya lebih selesa kalau dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu.

 

Bukannya saya langsung tak pandai nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, sebaliknya saya cuma rasa kurang selesa.

bekerja-sebagai-seorang-penulis-artikel

Bagi blogger yang memang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, atau bahasa kedua, saya kira mereka tak ada masalah untuk menulis dalam bahasa tersebut.

 

Satu lagi, bila dia menulis dalam bahasa tersebut, dia ada potensi untuk cari dan tarik pembaca dari pelbagai negara. Saya percaya, dalam dunia ni, ada banyak negara yang FAHAM bahasa Inggeris.

Seperti kebanyakkan manusia yang berfikiran waras yang hidup dalam dunia ini, saya juga tak mahu buat kerja yang sia-sia. Kalau boleh, saya nak buat sesuatu yang memberi impak, dan memberi manfaat, bukan sahaja kepada diri saya, malahan kepada orang lain sekali.

 

Justeru, sebelum nak terlibat dengan sebarang kerja, usaha ataupun projek, kena faham betul-betul, apakah sesuatu pekerjaan tersebut bakal memberi kebaikkan kepada kita untuk jangka masa panjang?

 

Setelah meneliti beberapa opsyen yang saya ada, (sekiranya saya gagal atau dah tak mahu bekerja dengan mana-mana syarikat) saya buat keputusan untuk fokus jadi seorang penulis blog.

 

Kerja sebagai seorang blogger juga menawarkan pulangan yang menarik. Itupun kalau orang tersebut tahu, macam mana nak manfaatkan dan mengambil setiap peluang yang ada.

 

Disamping jadi blogger, saya juga ada buat kerja-kerja freelance. Bergantung kepada permintaan terhadap khidmat yang saya tawarkan. Kalau kebetulan pada masa-masa tertentu, ada ramai yang ingin dapatkan khidmat saya, maka pada waktu tu, banyaklah income yang saya boleh hasilkan.

 

Jika tak, saya hanya bergantung kepada income dari kerja-kerja blogging sahaja.

 

Kerja sebagai penulis blog ni, tak jauh beza dengan lain-lain kerja yang ada di luar sana. Jika anda masih belum bekerja dan sedang cari kerja, cuba tengok peluang kerja di laman web Maukerja.my ini ya.

 

Kerja blogging ini juga ada cabarannya. Siapa yang mampu untuk hadapi cabarannya, mampu selesaikan tugas dengan pantas dan cekap, In Shaa Allah pasti akan dapat balasan dan ganjaran yang setimpal.

 

Apa yang penting, buat kerja betul-betul.

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s