Cuti panjang sempena Pilihanraya Umum ke 14 dan kesannya terhadap freelancer

Kita baru sahaja selesai melalui satu proses demokrasi, Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9hb May 2018 yang lalu.

 

Inilah saat yang ditunggu-tunggu, oleh sebahagian rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan di negara kita ini. Selama lebih 60 tahun, parti Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dan mentadbir urusan negara, ini merupakan peluang terbaik untuk melihat perubahan!

pilihan-raya-umum-14

Syaratnya, kenalah keluar mengundi dan pilihlah parti lain yang turut bertanding dalam pilihanraya tersebut.

 

Apapun, semuanya dah berakhir sekarang ni. Keputusan telahpun diketahui dan kini, kerajaan Malaysia yang dulunya diurustadbir oleh parti BN telahpun dijatuhkan dan digantikan dengan Parti Pakatan Harapan (PH).

 

Bersempena dengan kemenangan Pakata Harapan tu juga, kerajaan yang baru ini telah pun mengumumkan cuti umum pada 10 dan 11 May 2018.

Sebelum itu, pada 9hb May pula diumumkan sebagai cuti umum, sempena pilihan raya. 9hb May adalah pada hari Rabu.

 

Awal bulannya, kita ada sambutan hari pekerja, yang jatuh pada 1hb May. Hari selasa. Entah kenapa, saya rasa bulan May ni, macam banyak betul kita bercuti. Saya yang biasanya tak ikut dengan jadual cuti di Malaysia ni, sedikit sebanyak terkesan dengan jumlah cuti yang banyak tu.

 

Biasanya, saya akan duduk rumah sendiri-sendiri dan buat kerja dari rumah. Tapi, disebabkan pengumuman cuti tambahan ni, dengan tak semena-mena, rumah jadi ramai orang, dan saya terpaksa hadap bunyi bising.

 

Suasana bising ni, memang saya akui, mampu ganggu fokus dan konsentrasi. Itu belum lagi kita ambil kira, akan ada yang ajak pergi bercuti ke sana dan ke sini. Kalau ikut perancangan awal, saya dan keluarga ada perancangan nak pergi bercuti ke Port Dickson.

 

Tapi, oleh sebab ada khabar angin yang kononnya akan berlaku rusuhan, disebabkan oleh kekalahan parti BN, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga untuk duduk sahaja dirumah. Sambil tu, buat apa-apa kerja yang patut.

 

Saya bukanlah nak terus percaya, setiap mesej yang tular di media sosial dan di whatsapp, tapi kalau boleh elak, saya rasa lebih baik kita elakkan. Kalau dibuatnya berlaku keadaan yang tak diingini, ataupun sekadar cuma perarakan, ia mungkin dah cukup untuk mengganggu kelancaran percutian kami nanti.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s