Kerja sebagai blogger selain jadi freelancer sepenuh masa

Saya mula belajar menulis di blog semasa saya masih belajar di universiti. Pada waktu tu, saya dah mula sedar yang satu hari nanti, kita semua akan hadapi kesukaran untuk cari kerja yang sesuai dengan jurusan yang diambil.

 

Walaupun begitu, saya tidaklah merancang untuk jadi seorang blogger sepenuh masa. Kerana saya tahu, pendapatan yang bakal dihasilkan sebagai seorang penulis blog di Malaysia, mungkin tidak selumayan seperti yang boleh dihasilkan oleh penulis blog luar negara.

 

Mungkin apa yang boleh saya katakan, faktor yang menjadi kekangan adalah faktor penggunaan bahasa. Sebagai orang Melayu Malaysia, saya lebih selesa kalau dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu.

 

Bukannya saya langsung tak pandai nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, sebaliknya saya cuma rasa kurang selesa.

bekerja-sebagai-seorang-penulis-artikel

Bagi blogger yang memang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, atau bahasa kedua, saya kira mereka tak ada masalah untuk menulis dalam bahasa tersebut.

 

Satu lagi, bila dia menulis dalam bahasa tersebut, dia ada potensi untuk cari dan tarik pembaca dari pelbagai negara. Saya percaya, dalam dunia ni, ada banyak negara yang FAHAM bahasa Inggeris.

Continue reading